Haul #34: Sephora & Laura Mercier
7:00 PMHaul kali ini adalah haul untuk bulan September dan Disember 2014. Semuanya dari Sephora dan Laura Mercier. So kita mula dengan Sephora dulu yek.
First one is the Soap & Glory Clean Gateaway set. Harga RM 59.64 selepas diskaun. Dalam set tu ada body butter, shower gel, bubble bath dengan hand cream. Aku tak pernah lagi pakai body butter dengan bubble bath. Yang shower gel tu dah guna dah. Bau dia ok tapi nak kata wangi sangat pun tak jugak. Dan hand cream tu pulak tak sempat pakai sebab bila aku nak pakai baru-baru ni, cream dia jadi macam berair dan berketul-ketul. Ingatkan sikit je, tapi tak... Aku punyalah picit tiub tu sampai habis, but still macam tu jugak. Last-last aku buang dalam tong sampah je terus... Huhuhu...
Seterusnya pulak ialah set limited edition lip pouch. Harga RM 69. Yang ni ada lip gloss Tarte, NYX butter lipstick dengan lip gloss Sephora. Aku cuma dah pakai Sephora lip gloss tu je. Warnanya merah gelap. Takut pulak nak pakai.
Dan yang terakhir sekali NYX butter gloss in Vanilla Cream Pie and Merengue. Harga RM18.48 each selepas diskaun.
Next haul is from Laura Mercier. Aku beli kat One Utama punya outlet. Masa ni diaorang ada promotion sempena krismas kalau tak silap. Bila tengok orang beli itu ini dapat diskaun lebih aku pun apalagi, pergi One Utama semata-mata nak tengok apa yang menarik. Sekali bila nak bayar tu, ambik kau... Pokai terus jadinya.. Padan muka aku...
Mula-mula item yang aku pilih adalah Tinted Moisturizer - Oil Free in shade Cameo. Harga promotion RM 60. Harga asal RM 169. Aku memang nak try tinted moisturizer but not sure which brand patut aku try. Bila Laura Mercier ada promotion aku pun terus ambik. SA dia yang tolong pilihkan shade tu untuk aku. Ada 2 jenis, satu yang biasa dan satu lagi yang ni. Yang ni sesuai untuk kulit berminyak. Aku pakai oklah, takat nak light coverage je. Tak nampak sangat macam pakai mekap sangat. Kadang-kadang lepas solat, guna ni untuk touch up muka balik.
Lepas tu aku ambik Foundation Primer Protect. Harga RM 139. Disebabkan promosi dia sekali dengan Tinted Moisturizer tu so aku kenalah ambik ni sekali. Maknanya beli 2 item tu dengan harga RM 199 je. Kalau tak RM 308. Aku pakai ini pun oklah. Tahan jugaklah mekap aku tu.
Seterusnya Mini Lip Glaze Collection - Festive Brights. Harga RM 149. Masa swatch tu warna dia cantik sangat. Sebab tu aku ambik set yang ni.
Last sekali aku ambik span foundation/powder. Harga RM 56. Ada 4 keping/ketul, aku pun tak tahu nak panggil apa... Ambik sebab nak dapat freebies dengan join membership, so kena cukupkan dalam berapa ratus tah... Tapi lepas tu rasa menyesal pulak sebab aku bukannya selalu beli mekap brand ni. Kalau tak beli span tu mungkin boleh save budget sikit. *sigh... Nak buat macam mana, dah bayar dah pun..
Antara freebies yang aku dapat. Dapat mini primer, face polish (aku tak pasti ni untuk apa), mini cream tinted moisturizer (kalau tak silaplah..) dengan eye shadow set. Suka dengan eye shadow tu, cantik warnanya.
membership card |
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.