Translater

Haul #33: Julai dan Ogos

1:00 PM

Another haul for July and August.

Guardian haul. Suka beli Apple Wet Wipes. Ada bau epal (of course). Satu RM3.35, beli 2 dalam RM6.70.

Maybelline Lip Polish masa tu ada promo, tu yang beli sampai 2 tu... So aku pilihla warna Glam 2 dgn Pop 5. Glam 2 tu warna soft peach. Cantik warnanya masa swatch haritu. Itu yg aku ambik tu. Pop 5 tu warna bright pink. Cantik jugak. Total kedua-duanya RM 29.61.

Beli lagi Guardian punya wet wipe. Kali ni ada promosi jugak. Beli 3 percuma 1 ke macam tulah. Pastu tambah lagi dengan Simple punya makeup wipes. Pack sekali 2. Harganya lupalah pulak. Hehe..

Yang ni pulak haul dari Benefit Cosmetics. Triple Performing Facial Emulsion. Dia macam moisturizer tapi lagi light. Sesuai untuk kulit berminyak kata SA. Harga RM120. Kadang-kadang pakai sebelum BB cream sebab kalau pakai moisturizer takut berat sangat. Nanti lagi bertambah minyak kat muka ni. Yang sebelahnya Ultra Radiance Facial Re-Hydrating Mist. Macam spray mukalah. Harga RM 100. Dapat free gift Big Easy cream (macam bb cream) dengan It's Potent Deluxe eye cream. Kecik je. Dalam 30gm tak silap.

Tadi skincare punya haul, yang ni makeup pulak. Beli Benebalm (RM70) dengan Gimme Brow (RM85). Benebalm tu lipbalm warna merah dan Gimme Brow tu macam mascara untuk kening. Saja nak try. Perfume kecil, Porefessional powder dengan Big Easy cream tu free sample tapi entah kenapa perfume tu aku dapat dah tinggal sikit je isinya. -_-' Apa salah aku???


Haul brush kat Sasa. Eyebrow brush sebelah kiri tu RM 8.01 selepas diskaun 10%. Sebelahnya harga RM 4.17 selepas 14.9% diskaun. Dalam resit dah ditulis macam tu. Beauty Blender tu RM 17.91 selepas 10% diskaun.

Beli makeup brush cleaner dari Daiso. Saja beli 2, untuk stok. Takut tak jumpa kat tempat lain pulak.

Yang ni pulak free gifts dapat masa beli majalah kat Book Fair. Beli 3 majalah dapat 1 goodies bag. Since beli 3 majalah dapatlah 3 goodies bags. Yang ni untuk satu majalah. So darablah dengan 3. Semua ni beli tahun lepas sebelum GST. So sekarang ni mesti harganya dah naik kan...

You Might Also Like

2 comments

  1. Best pulak tengok dapat goodies masa beli majalah tu, mcm2 sample ada. :D Sy pun sekarang still guna Simple makeup wipes, nak tukar lain but idk what to get. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try biore punya or bifesta. Ok gak dua2 tu.

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my