Langkawi family day pt.1
8:00 AM25 Disember lepas, ofis aku ada buat family day ke Langkawi. Plan daripada tahun 2014 lagi nak ke sana. Naik flight kauuu… Bos sponsor sikit, tapi duit shopping guna duit sendiri. So kitaorang pakat ramai-ramai simpan duit untuk shopping kat sana. Hampir setahun lamanya plan, akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Janjinya jumpa kat KL Sentral pagi 25hb tu sebab nak naik bas dari sana ke aiport. Sesudah sampai semuanya, barulah bergerak ke hentian bas (kat bahagian bawah, kena keluar KL Sentral pastu turun tangga). Loading beg memasing ke dalam bas and then masuk dalam bas, ambik tempat duduk masing-masing. Kitaorang booking bas online. Sekali booking flight dengan hotel. Hampir sejam jugaklah duduk dalam bas nak sampai ke destinasi. Semenjak dibuka haritu, aku tak pernah lagi jejak kaki ke KLIA 2. Excited sikit sebab ini 1st time masuk sana. Dah sampai terus loading beg, aku punyalah terkejut… Punyalah besar KLIA 2 nih… Dah macam shopping complex pun ada. Macam-macam kedai ada kat dalam. Nak menyampaikan kepintu pelepasan domestik pun kena naik tingkat 3. Itu belum lagi nak sampai kepintu nak naik flight lagi. Jauh nak menapak...
tengah loading beg dari bas |
cari maklumat kat information board |
Flight kitaorang pukul 1.45pm. Kena tunggu kat waiting area dulu baru boleh naik plane. Dah lama tak naik plane, rasa cuak tu ada jugaklah.. Terutama sekali masa dia nak berlepas tu. Kebetulan pulak hari tu mendung sikit. So bergegarlah masa kat atas tu.. Ada beberapa kali jugaklah.. Bila dah landing tu rasa lega sikit sebab dah selamat sampai.
pemandangam dari tingkap kapal terbang |
Sampai Langkawi airport nak dekat pukul 3pm macam tulah. Kitaorang booking kereta sewa kat sana. So bila dah sampai, kena tunggu kereta sewa pulak datang baru boleh check-in hotel. Walaupun masa nak check-in tu ada masalah sikit, tapi akhirnya dapatlah check-in bilik. Sepatutnya aku sebilik dengan sorang lagi tapi dia tak jadi pergi last minit. So bilik tu aku conquer soranglah. Macam bilik ini ana yang punya… Hahaha...
Bilik tu oklah.. Ada tv, peti sejuk kecik, almari, air-con. Toilet pun ok. View pulak menghadap main bulding hotel. Sebab aku dapat bilik dengan katil besar, so rasa macam besar pulak. Tinggal sorang pulak tu kan. Ada kolam renang tapi kat belah belakang main building. Berhadapan dengan pantai. Boleh tengoklah ada banyak kapal berlabuh.
pemandangan dari tingkap bilik aku |
hotel yang kitaorang menetap |
jalan ke kolam renang |
pemandangan mengadap laut |
Lewat petang tu perut aku terasa pedih. Patutlah, tak makan dari tengah hari tadi. Punyalah lapar. Nasib baik ada orang belikan nasi goreng untuk aku. Kalau tak kebulur… Diaorang keluar pun tak panggil sekali. Kalau tak bolehla beli makanan ke… Harini takde aktiviti sangat sebab baru sampai. Masing-masing penat. Malam tu pun keluar ambik angin je. Tengok-tengok kedai yang ada dekat dengan hotel kitaorang. Lepas tu balik. -bersambung-
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.