Shopping kasut kat Zalora
12:00 PM
Aku pasti ramai yang pernah dengar pasal ZALORA ni kan?? Salah satu online shopping di Malaysia ni. Walaupun ada banyak complaint pasal servis diaorang tapi still ada jugak yang shopping kat sini. You know what?? Aku pun ada membeli sesuatu dari ZALORA ni jugak. Hehe.. Nak tahu apa yang aku beli?? Jom!
Sesiapa yang sign up and subscribe their newsletter will receive RM20 voucher for free (untuk seminggu dari tarikh email dihantar ke penerima) dengan setiap pembelian RM80 keatas dalam satu transaksi. Rasanya sekarang dah up jadi RM25 kalau tak silap. So nak menggunakan baucer RM20 tu dalam masa seminggu sebelum expired, aku pun survey lah pilihan yang ada.
Setelah hampir seminggu survey, aku pun pilih 2 jenis kasut. Dapatlah diskaun RM20. Dan setiap pembelian RM75 keatas akan dapat free delivery. Tapi disebabkan total price aku bawah RM75 selepas ditolak RM20, so aku kenalah bayar shipping price for RM5. Takpelah, itupun kira okay dah. Aku bayar pada Jumaat lepas. Lepas tu dapatlah email pengesahan macam kat bawah ni...
Kalau ikutkan sepatutnya sampai pada hari Sabtu, keesokkan harinya. Tapi entah kenapa tak sampai pulak. Penat aku tunggu je. So aku pun querylah pada customer service ZALORA dan tanya pasal status purchase aku tu. Setelah diperiksa, hari Isnin lepas sampailah parcel tu. Nasib baik sampai..
Penghantaran menggunakan kurier GDEX. Besar jugak bungkusan aku tuh. Iyelah 2 pasang kasut kan... So macam mana rupa kasut aku tuh??
2 buah kotak kasut sekali dengan borang pemulangan semula dan another baucer for the next purchase. Borang tu diisi bagi mereka yang tidak puas hati dengan barang yang diterima. Contohnya masalah saiz yang tak sesuai. So bolehlah pulangkan balik dan request saiz lain. Itupun kalau ada saiz lain lagi, kalau tak mereka akan pulangkan dalam bentuk points dan points tu bolehlah digunakan untuk next purchase korang. Tapi pastikan korang belum pakai lagi or tidak rosak. Kalau dah pakai tak boleh ye... Pemulangan tu kena buat dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan barang tersebut. Lupa pulak pasal kasut tu..
Tadaa... Kasut wedges warna biru dan kasut pump warna hitam. Siap ada bunga dan berlian lagi tu.
Aku ni jarang beli kasut. Sebabnya, bagi aku kasut tu nampak biasa je, tak menarik pun. Sebab tu aku jarang beli kasut. Tapi once hati dah berkenan, terus beli. Kalau ada fulusnya... Kalau tak, tengok jelah... Sangat berkenan betul dengan kedua-dua kasut tu, sebab tu aku beli. Nasib baik sesuai kat kaki ni. Cuma biasalah, kalau kasut baru mesti kaki akan melecet nanti. Even kalau pakai stokin. Cuma impact nya kuranglah kalau tak pakai stokin.
Setakat ni aku berpuas hatilah dengan servis diaorang. Cuma kalau boleh, mereka patut inform pasal delivery tu. Dah hantar ke belum or provide no. tracking ke. Kalau tak boleh letakkan maklumat tu dalam akaun customer at least email lah ke, kan... Kalau aku tak tanya kat customer service tu, maka sampai bila-bila pun aku tidak dimaklumkan pasal no tracking tu. Lagi satu pasal widget online chat diaorang tu. Lepas 3 minit je, chat tu jadi offline. Tak pasal-pasal kena sign in balik. Tak mesra pengguna betullah...
Anyway, that's the story of my purchase at ZALORA. What about yours?

0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.