Dinner at Pizza San Francisco
11:00 AMMalam Sabtu lepas aku dengan adik aku makan luar. Itupun sebab dapat duit belanja dari ayah aku. Asalnya nak makan kat KL Festival City tapi akhirnya kitaorang pergi makan dekat Pizza San Francisco di Wangsa Maju. Sampai sana dalam pukul 9 lebih. Tengok orang ramai, mesti kena tunggu lama nih... Well takdelah lama sangat. Dalam 10 - 15 minit lebih kurang. Aku faham, kalau ramai macam tu mesti banyak kerja diaorang ni kena buat kan??
So kitaorang mula dengan appetizer. Cewah, macam fine dining pulak. Kitaorang pilih Chicken Nachos (or Nachos Chicken?). Harga RM16.90. Ada daging ayam cincang atas nachos tu dengan tomato dadu, hirisan bawang merah kecil, cili jeruk dan keju. Disertakan sekali krim putih dan sos hijau. Aku tak tahu krim putih tu apa tapi macam sour cream pun ada cuma dia tak masamlah. Yang sos hijau tu macam wasabi tapi bukan. Nak kata sambal pun macam bukan sebab dia tak pedas pun. Entah... Rasa, okaylah. Rangup. Lagi sedap kalau dimakan dengan kedua-dua sos cicah tu.
Seterusnya kitaorang makan Pizzaido. Pizza yang ada cendawan, cili padi, hirisan bawang merah kecil dan keju kat atasnya. Cili padi tu memang aku skip lah. Bukanlah jenis pizza yan berkerak tapi more to ordinary pizza je. Rasa, bolehla tahan. Harga RM21.90.
Kemudian kitaorang makan Mushroom Chicken. Ala-ala chicken chop dengan cendawan dan keju. Ada salad, kentang dan sos masam ke apa tah. Lupa pulak. Biasa je. Harga RM19.90. Terlalu banyak makan keju, sos masam dan mayonis jadi kenyang pulak. Nasib baik makan kongsi dengan adik-adikku. Kalau aku seorang memang tak larat.
Last sekali makan Sundae. Mula-mula nak order Banana Split tapi pisang dah habis. So order Sundae jelah. Gambar takde sebab masa ia sampai, aku tengah menghabiskan Chicken Mushroom tu. So adik aku dah 'belasah' dulu. Tak sempat nak ambil gambar. Dalam Sundae tu pulak ada 3 jenis aiskrim, Vanila, Chocolate dan Strawberry. Disertakan sekali ceri dan strawberi dadu. Harga RM7.90. Boleh tahanlah untuk pencuci mulut.
Jumlah kesemuanya RM94.40 termasuk service charge dan tax. Cuma rasa tak puas hati jelah dengan servis diaorang tu. Kalau ramai orang aku faham. Tapi kalau orang dah berkurangan pun susah nak panggil macam mana?? Apa semua pelayan kena basuh pinggan ke sampai pelanggan panggil pun tak dapat nak layan?? Tekan loceng tak datang, panggil pun sama. Dalam banyak kali panggil cuma 3 kali je mereka datang. First masa nak ambil order, second masa nak mintak menu untuk order tambahan dan ketiga masa nak bayar. Itupun selepas beberapa kali panggil. Padahal masa tu orang dah tak seramai masa datang tadi.. Haii lah servis...
Itu tak termasuk dengan orang datang mintak sedekah. Sepatutnya mereka ni tak boleh masuk dalam tapi dah di minta keluar pun still tak faham bahasa. Bukan apa, sesetengah orang tak suka diganggu ketika makan. Mintak sedekahlah, jual tisulah, jual VCD lah... Macam mana tu...
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.