Mivvabox edisi Februari 2013
10:06 PMKesinambungan dari entry sebelum ni, kali ni aku nak kongsi pulak apa yang aku dapat dalam Mivvabox edisi Februari. Walaupun lewat sedikit (dah nak masuk minggu akhir bulan Februari dah pun) tapi gambar dah ada. Tinggal nak karang cerita je. Ceh, macam nak buat karangan pulak, nak kena karang2...
Tema kali ni adalah tema cinta, bersesuaian dengan bulan Februari. Sebab itulah ada welcome card tulis "LOVE is in the air".
Beautymate Purifying and Brightening Nano Toner - Rasanya aku belum pernah dengar lagi brand ni (ke aku je yang tak perasan..). Toner ni dalam saiz asal, iaitu 120ml dan berharga RM49.90. Mengandungi ektrak Gentiana Lutea Root dan mutiara hitam untuk memastikan kulit dalam keadaan yang optimum. NMF Sodium PCA dan Hyaluronic Acid pula mengekalkan sehingga 6000 kali dari berat mereka di dalam air untuk memastikan kulit senantiasa terhidrat dan lembap. Juga mengandungi vitamin B3, yang boleh menghalang transformasi melanin dan mengurangkan jumlah melanin untuk menjaga kulit kita.
Murad Pomegranate Exfoliating Mask - Saiz sampel, 7.5ml. Harga RM16.50 sekeping. Sama seperti yang aku dapat dalam Wonderbox lepas (entry ni). Kaya dengan antioksida dimana ianya rawatan mingguan yang memulihkan, mencergaskan dan mengimbangkan kulit. Ia juga melicinkan kulit, melembap, merawat kulit kusam dan kering yang menjadikan kulit lebih segar, licin dan cerah.
Skin79 White Reviving Miniature - Terdapat 3 jenis iaitu Skin Radiance Solution, Softener dan Emulsion. Semuanya dalam saiz sampel. Aku pernah tengok yang jenis krim bb tapi dalam set macam ni belum lagi. Bagus untuk memulihkan kulit supaya kelihatan lebih anjal dan sihat.
Paul Penders Natural Cream Lipstick - Lipstick dalam saiz asal, 3.5g dengan harga RM79. Lipstick yang dihasilkan dengan Levens Essentie Gold (ekstrak daripada 22 jenis herba organik) dan minyak semulajadi tumbuhan untuk lebih kelembapan tanpa bahan kimia. Ia jug bebas pewarna tiruan dan pewarna kimia.
Nature's Lab Refreshing Body Whip - Harga RM69 bagi 250ml. Lebih kurang macam body lotion. Mengandungi shea butter, cocoa butter, grapeseed dan ekstrak chamomile. Krim yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit ini akan membuatkan tubuh anda terhidrat, licin dan segar. Amat sesuai untuk negara beriklim panas dan lembap seperti Malaysia.
Free gift dari Mivva. Flower hair clip dan love shape marshmallow. Dan juga angpow tapi bukan berisi duit. Ada 200 points free untuk subscribers. Cuma perlu tangkap gambar anda dan kawan baik anda bersama angpow tersebut. So kepada mereka yang belum langgan lagi beauty box ni, bolehlah pergi ke link ini dan langgan untuk bulan seterusnya. Macam mana nak register boleh rujuk entry ni.
2 comments
brand beautymate ada d watsons :)
ReplyDeleteoh iya ke?? tak perasan kot.. betapa jakunnya diriku ini.. lol
DeleteStrictly no spamming or porn comment or link. Thank you.