Kisah poslaju
7:10 PMDah lama aku tak update kat blog ni.. Mana tak, asyik sangat bercuti sampai penyakit malas pun datang. Itu yang sampai harini baru nak update blog tu. Huhuhu...
Pada hari Selasa dua minggu lepas, aku sepatutnya dapat bungkusan dari Mivva yang aku subscribe bulan lepas. Tapi aku dapat pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya cina. Nak kata time cuti, belum lagi. Tapi itulah yang terjadi kat bungkusan aku. Time orang lain kebanyakannya dah dapat, aku je belum dapat lagi. Nasib baik dapat sebelum raya cina tu, kalau selepas mau tak kena tunggu lama. Dah tak surprise dah pun sebab dah tengok orang lain punya dulu. :'(
Aku tak salahkan pihak Mivva sebab mereka dah buat kerja mereka. Mereka pos sebelum semua orang sibuk bercuti. Yang menjadi tanda tanya adalah pihak poslaju. Laju yang tak berapa nak laju. Kalau pos hari Isnin, sepatutnya hari Selasa dah dapatlah. Paling lewat pun hari Rabu. Nama pun poslaju kan. Sehari pasti sampai. Tapi ni bukan sehari, tiga hari kemudian baru aku dapat. Nak kata aku duduk dalam hutan adalah mustahil sebab aku tinggal dalam kawasan perumahan. Aku pun tak tahu kenapa bunkusan aku hantar lambat. Pelik betullah.
Apa2 pun kenalah jugak mengucapkan terima kasih sebab sekurang-kurangnya, poslaju tu hantar sebelum cuti haritu walaupun lewat beberapa hari. Terima kasih jugaklah kat orang Mivva sebab mereka sedaya upaya membantu orang yang lambat dapat box tu macam aku. Aku ingatkan aku sorang je. Rupanya ada jugak orang lain sama kes macam aku. Tak pasti pulak kalau yang dapat lepas cuti.
Hopefully janganlah jadi macam ni lagi. Aku jarang ada masalah dengan poslaju. Mungkin ada sekali dua tapi itu cerita lama. Kalau selalu jadi macam tu aku rasa baiklah tukar nama poslaju tu jadi nama lain.
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.