Haul #18: Face care
4:30 PMSemenjak dah tukar nama domain ni, header dan watermark pun kena tukar sekali. Sesiapa yang pernah datang or biasa datang melawat blog aku yang tak seberapa nih mesti perasan yang blog aku nih sudah tidak menggunakan header sebelum ni. Dah alang2 tukar nama baru, baik aku tukar header terus. So sekarang ni blog aku takde headerlah, just tulisan je kat atas tu. Anyway, aku nak update haul aku for this month. Beli awal bulan aritu. Aku ni memang tak tahan godaan. Pantang ada tulis sale, mesti nak jenguk. Dari taknak beli apa2 akhirnya end up buying something. Uwaaa!!!
Haritu aku tengok kat FB Etude House, ada sale untuk certain item. So aku set kan dalam minda nak beli apa nanti. Cuma additional 1 item jelah. Iaitu mask sheet tu. Yang lain memang aku plan nak beli. Semua ni aku beli kat Etude House cawangan Sungei Wang.
Bila harganya jadi semurah itu, memang aku dah tergoda awal2 lagi. Huhuhu... Dia ada 4 jenis tapi aku pilih walnut dan strawberry je. Nampak comel je, kan?
Dah jadi macam koleksi pencuci muka pulak kat rumah aku ni hah. Tapi yang ni nampak macam best je... (sigh..)
Nampak menarik, murah sket dari harga asal. Tak ingat berapa, rasanya dalam RM30+ kot. Ada 2 jenis. Yang ni untuk wrinkle kat mata. Semenjak dah meningkat usia ni, kenalah mula memakai krim2 macam ni. Kurangkan tanda2 penuaan kata orang.
Yang ni buy 1 free 1 punya promosi. Whitening dan Vital. Untuk pemutihan dan satu lagi aku tak ingat untuk apa. Macam extra care kot. Fail betullah daya ingatan aku ni..
Dengan setiap pembelian bernilai RM80 keatas, dapat kalendar E.H free. Kalendar berbentu meja solek. Cantik, aku suka. Sebenarnya aku tak ingat langsung pasal kalendar free tu. Bila dah bayar batu teringat. So untungla dapat kalendar free. Itu jelah haul aku untuk kali ini. Berjumpa di lain masa...
2 comments
nnt buat review Nu Teen Acne & Pimples Away Sleeping Mask eh..jerawat sedang bermaharajalela ni..huhu..
ReplyDeleteKedua2nya masih lagi dlm proses percubaan. Baru try sleeping mask tu 3 kali dan baru start guna facial wash tu. Beli ni pun sebab muka dah naik banyak jerawat dah ni
DeleteStrictly no spamming or porn comment or link. Thank you.