Translater

Domain dot my dah pulih

8:00 AM

Sebelum ni kecoh pasal domain dot my tak boleh akses. Dan ramai yang complaint kat Asiahost nih namun mereka tidak meberi respon langsung mengenai masalah yang berlaku nih. Hah ni aku nak bagtahu yang pihak Asiahost sendiri dah buat kenyataan mengatakan masalah ni telah pun selesai. Berikut adalah kenyataan daripada mereka yang aku copy dari email aku.

"Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. Namun begitu kami telah Berjaya menyelesaikan masalah ini dan kami jamin bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi. Kami juga telah menambah Firewall pada DNS server kami berikutan terlalu banyak DNS Attack pada domain-domain anda dan ianya akan menambah kelajuan pada pembukaan kali pertama setiap kali pencarian domain anda. Berikutan dari masalah ini berpunca dari kesalahan kami yang tidak memberi notis terlebih dahulu kerana pengalaman kami pemindahan server DNS tidak memberi kesan terhadap domain anda. Kami dengan ini menawarkan anda untuk promosi hosting SOHO Plan dengan hanya RM 10.00 sahaja untuk tahun pertama. Kupon Promosi “soho2013”. Seterusnya kami mengalu-alukan sokongan serta segala pertanyaan dan cadangan supaya kami dapat menaik taraf perkhidmatan yang terbaik di rantau Asia. Segala Pertanyaan atau perkhidmatan sokongan hanya akan dijawap menerusi system support Ticket kami sahaja."

Harap2 lepas ni takde masalah macam ni sebab ianya akan menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada mereka. At least bagitahu awal2 ke kan... Tapi takpelah, mereka dah mengaku kesilapan mereka. Tambahan pulak siap diberi hadiah istimewa pulak tu kan. So kepada korang yang masih berminat nak daftar domain tu, bolehlah check kat kiri sidebar dan daftar nama domain anda. Sebelum tawaran ditutup.

You Might Also Like

4 comments

  1. tapi server dah makin laju dah,,harap2 takde dah prob.



    ___________________________________________________
    saya dah follow awak, jum follow saya di www.feezzyfz.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..harap2 pasni takde masalah lagilah..thanks sbb follow..

      Delete
  2. I love your blog.. very nice colors & theme. Did you create this website yourself or did you hire someone to do
    it for you? Plz respond as I'm looking to construct
    my own blog and would like to know where u got this from.

    many thanks

    Stop by my web site :: vacation apartments ()

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually I'm just do the trial and error.. If it seem nice to me than I'll go with it.

      Delete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my