Translater

Halfest PWTC 2012

8:36 AM

Ahad lepas aku pergi Halal Festival or Halfest di PWTC. Bertempat di dewan Tun Razak 1-3 PWTC dan bermula dari 10 Oktober sehingga 14 Oktober, Ahad lepas adalah hari terakhir bagi festival tu jadi aku tak nak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana. Lagipun tahun lepas tak dapat pergi so tahun ni kena pergi jugaklah.

Kalau nak masuk ke dalam Halfest tu kena ada pelekat dan untuk mendapatkan pelekat tu kenalah daftar di kaunter pendaftaran. Percuma je pun. Dah ada pelekat barulah boleh masuk ke dalam dewan. Tujuan utama aku ke sini adalah untuk melihat gerai2 yang terlibat dan nak cari tepung goreng pelbagai guna. Tapi dah penat aku pusing2, tak jugak berjumpa dengan gerai yang aku mahu. Akhirnya aku terpaksalah membeli di sebuah gerai yang menjual tepung pelbagai guna yang lain.

5 peket RM10
Besar = RM10, kecil = RM5
Aku juga sempat singgah ke gerai Adabi untuk membeli tepung cucur segera. Nampaknya ada perasa baru iaitu keju dan nenas. Nak cuba punya pasal beli jelah satu untuk rasa. Kalau sedap boleh beli lagi lain kali.

RM2 sebiji
RM5 sebiji
Aku dapat tahu ada 2 gerai yang menjual macarons kat sana tapi malangnya aku cuma jumpa satu je. Tu pun dah tak banyak tinggal. Nampak menarik so aku pun belilah 5 jenis dengan 1 pavlova. Pavlova dia agak sedap jugaklah. Hampir 2 jam berada di sana, aku pun beredar untuk ke destinasi lain pulak.

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my