Translater

Bobbi Brown deal

4:33 PM

Selain Bobbi Brown ada terdapat brand lain yang ada sale
Just to inform, kepada semua peminat mekap especially brand Bobbi Brown, dengan ini diumumkan bahawa Hi-Shop telah mengadakan jualan Bobbi Brown dengan potongan sebanyak 20%. Bermula pada 17 Oktober dan akan berakhir pada 4 November. Aku ni bukanlah peminat Bobbi Brown tapi aku suka tengok produk yang diaorang jual. Kalau nak pergi ke outlet diaorang tu memang taklah sebab rasanya harga lagi mahal dari yang aku mampu bayar. Sekali sekala mungkin boleh tapi buat masa sekarang aku lebih prefer M.A.C. Itu pun dah kira mahal sket. Tapi aku sangat berpuas hati dengan M.A.C so brand tu memang aku akan tetap terus belilah...

Nasib baik sempat beli, kebetulan dah sold out harini

Cakap pasal mahal, sementara tengah ada diskaun ni aku pun sambarlah satu item ni. Bobbi Brown Eye Luxe Collection. Harga RM280. Tak termasuk penghantaran. First time nampak memang dah jatuh hati. Tapi asyik memikirkan harganya yang boleh tahan mahal tu aku pun hold dulu. Masalahnya, kalau aku hold lama2 sangat mungkin ia akan sold out. Selalu sangat kalau ada sale kat Hi-Shop nih mesti cepat sold out. Jadi disebabkan tak nak menyesal kemudian (selalu macam tu...) aku pun purchase lah item tu. Mahal pun mahallah. Janji aku puas aku tak menyesal di kemudian hari. Lagipun bukan selalu dapat potongan diskaun macam ni.

Sekarang ni kiranya item tu sudah pun dibuat pembayarannya dan menunggu masa ianya dipos ke rumah aku. Tak sabar rasanya nak dapat item tu. Bukannya selalu pergi outlet diaorang pun, at least sekali dalam seumur hidup aku dah pernah beli sesuatu dari brand Bobbi Brown. Hehehehehe....

You Might Also Like

2 comments

  1. Fantastic beat ! I wish to apprentice even though you amend your site, how could i subscribe for a blog web site? The account aided me a acceptable deal. I had been a bit bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept

    ReplyDelete
  2. Well dear, it depends on the blog itself. Most of the blogger has this Google Friend Connect where you can join and follow any updates made by the owner if you have a Google account, or maybe you can subscribe to their feed burner. It's either one. I hope that answer your qusetion. ;)

    ReplyDelete

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my