Temuduga dan Cosmetics Haul #7
3:47 PMHari Isnin lepas aku dapat call yang meminta aku untuk datang temuduga kerja pada hari Rabu yakni semalam. Lokasinya sebuah kolej swasta area Pasar Seni. So aku pun bersiaplah bagai untuk temuduga tu semalam. Aku sampai dalam pukul 10 lebih. Selepas memberitahu tujuan aku datang hari itu kepada receptionist, dia pun meminta aku untuk mengisi borang permohonan. Aku pun isilah apa yang patut. Selesai mengisinya, aku pun menyerahkan kembali borang tersebut kepada receptionist tadi. Dia pun berkata "HR manager ada meeting sekarang, so nanti kita akan call awak". Okay. Aku pun tunggu jelah kat situ. Rupanya maksud dia 'akan call' tu adalah akan telefon pada lain kali dan lain hari. Aku ingatkan dia akan panggil kejap lagi ker... Aku dok fikir meeting tu sekejap je sebab yelah, mestilah dia tahu yang dia akan temuduga seseorang harini. So takkan nak buat meeting lelama kan. Ceh, buat penat je aku bersiap cantik2 arini, terkejar2 nak sampai ke tempat ni boleh pulak dia kata akan panggil temuduga hari lain pulak. Buat berpeluh je pagi2 tu. Huh, dah temuduga tu tak jadi harini, aku pun baliklah. Tapi kalau balik rumah, awal lagi. Baru pukul 11 pagi. So aku pun apa lagi, pergi jenjalan lah jawabnya.
Aku bercadang nak ke KLCC sebab dah lama aku tak singgah sana. Lagipun memang aku dah bercadang nak ke sana sebab nak tengok kedai M.A.C yang asik dok memanggil2 je bila aku lalu depan kedai tu. Orang kata S.A kat M.A.C tu okay. So manelah tahu kot2 aku boleh membeli satu dua barang kat situ. Hehehehe....
Akhirnya berjaya jugak |
Orang tak ramai, S.A dia pun macam tak nampak je kat mana2. Aku pun masuklah, tengok koleksi terbaru M.A.C yang tersusun di pintu masuk kedai. Masa tu koleksi Heavenly Creature tengah on sale. Aku pulak berkenan dengan ada satu lipstick nih. So aku pun tengoklah lipstick yang aku nak tu. Tiba2, S.A dia datang dan tanya aku "Ye, nak cari apa?". Aku pun cakaplah "Saya nak tengok lipstick". Terus dia rekomenkan keluaran terbaru. Beli lipstick, lipgloss dan lipliner dapat free beg. Harganya cuma RM168 je. Aku pun rasa terujalah sebab dengan harga tu boleh dapat 3 barang dan free beg. Katanya lagi, koleksi tu baru je lagi dan akan tamat bila dah habis stok nanti.
Lalu dia pun suggest kan warna pink untuk aku. Katanya sesuai untuk kulit putih macam aku nih. Dia ada gak tunjukkan warna oren tapi tu membuatkan aku tertarik berbanding dengan warna pink tadi. Jadi dia pun terus anggap aku setuju ambil warna pink tu (padahal aku tak cakap ok pun lagi). Tanpa berfikir lagi aku pun ikutlah S.A tu ke kaunter pembayaran dan bayarlah set warna pink tu. Nasib baiklah duit aku cukup, kalau tak malu je... Nak beli tapi duit tak cukup.. Huhuhu...
Dia tanya lagi, "Sebelum ni dah pernah register ke?". Aku pun tak faham register apa tapi aku pun teruslah cakap belum pernah. Pastu dia kata, "So ini 1st timelah?". Aku pun iyakan jelah. Nampak sangat yang aku tak pernah beli kat M.A.C.
Lepas dah selesai kat M.A.C tu, aku pun keluar dengan riangnya. Sebabnya aku telah berjaya menjejakkan kakiku ke M.A.C dan aku telah berjaya membeli sesuatu dari M.A.C. Selama ini aku dok pandang2 jeling je. Tapi harini aku telah berjaya membeli mekap M.A.C. So mestilah aku teramat suka dengan kejayaan aku. Hehehe...
Aku pun sambung berjalan lagi... Sesampainya aku di Guardian, aku fikir nak carilah toner baru untuk aku. Toner Hada Labo tu pun macam best je sebab dia kena tempek2 kat muka dan buka sapu dengan cotton pad. Tapi baru aku tengah membelek2 toner tu, ada pulak S.A ni datang mengganggu kosentrasi aku. "You nak cari moisturizer ke?". Aku anggukkan kepala. Padahal aku cari benda lain. "You try lah Nutox. Sama itu macam Fazura pakai". Haish, bila dia dah start cakap2 ni terpaksalah aku berhenti membelek kejap.
Aku pun cakaplah aku dah ada pelembap. Tak habis lagi pun. Katanya Nutox tu pakai sarang burung, ada tanda halal... Pastu dia kata lagi produk dari China tu ada banyak chemical, masa tu dia ambil toner yang aku tengah pegang tu dan tengok ingredients nya. Kononnya nak tunjukkan kat akulah contoh chemical dalam tu. Tapi tak jumpa pulak. Huh, iye2 je nak kondem orang punya brand. Tak habis disitu, dia kata lagi muka aku ada liang pori yang besar. Dia suggest kan aku guna Pore Essence. Kononnya boleh mengecilkan liang pori. Aku pun cakaplah, "Semua cakap macam tu tapi bila dah guna, takde perbezaan pun". Dia kata Nutox tak sama, lain... Dia suruh aku cuba dalam 2 minggu. Bila dia cakap boleh nampak perbezaannya dalam 2 minggu aku pun dah tertarik. Betulke?
Tak habis setakat tu, dia kata mata aku nampak macam bengkak. Semalam memang aku tak boleh tidur sangat sebab temuduga harini, tapi rasanya tak teruk mana pun. Kebetulan pulak aku pakai eyeshadow warna coklat. Takkan sebab tu mata aku jadi macam bengkak?? Ataupun lingkaran bawah mata tu yang dia maksudkan?? Aku pun tak sure mana satu. Akhirnya aku pun tak jadi beli toner Hada Labo tu. Aku beli pore essence dengan krim mata tu. Dia siap pesan lagi kat aku, kalau tak puas hati boleh datang cari dia. Dia ada hari2 kat situ. Kalau aku tak puas hati dengan hasilnya bolehla aku datang cari kau kan??
Puas aku cari lip balm ni. Kononnya boleh melegakan bibir kering dan mengelupas. Tapi selalu tak jumpa. Akhirnya jumpa jugak dekat KLCC nih. Harganya RM12.66 je.
Itulah kisah aku untuk hari ini. Yang bestnya dapat beli mekap M.A.C dan yang tak bestnya temuduga yang tak jadi tu.
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.