Translater

Cosmetics Haul #6

4:24 PM

Another makeup haul by me... Hahahaha.... Aku memang dah gila mekap pulak sekarang nih. Asyik2 beli mekap jeh. Tak muak ke cik kak oii?? Aku?? Muak?? Belum lagi... Selagi aku mampu beli akan aku teruskan kegilaan aku nih. Sekarang kan tengah mega sale. Lagipun masa muda dulu2 (ceh..), masa aku tak berapa nak reti lagi pasal mekap2 nih, aku selalu beli yang murah2 je... Jimat sket duit. Cuma sekarang ni je aku baru nak berjinak2 dengan brand2 yang aku tak pernah beli tapi asyik dok usha2 je... Itu aku harus akui, dalam bab mekap2 nih aku agak ketinggalan sket. Umur dah tua baru nak belajar2... Lambat matang la katakan... Pasal mekap je yek...

Asalnya nak pergi Berjaya Times Square untuk singgah ke Etude House kat sana. Tapi tersalah beli tiket, terbeli tiket ke Sungei Wang. Disebabkan dah terbeli, aku pun singgah jelah kat Sungei Wang tu. Alah, singgah ke Watson je. Biasalah, ahli kad Watson lah katakan. Kalau tak singgah Watson memang tak sah aku nih.



Masa nih ada promtion liquid eyeliner Silkygirl. Beli eyeliner percuma makeup remover. Harga RM19.90. Aku pulak tak pernah ada liquid eyeliner, so aku pun ambil lah satu. Nanti bolehlah cuba guna eyeliner tu.

Lip balm Maybelline ni pulak aku beli sebab ada orang kata kalau pakai, bibir akan jadi selembut bibir bayi. Ingatkan nak cubalah, manalah tahu kot2 bibir aku yang selalu kering dan mengelupas tu boleh elok lepas pakai nih. Kononnya lepas seminggu lah. Kena cuba kalau nak tahu. Harganya RM8.72.


Maskara ni hanya untuk koleksi je. Maskara yang lama dah tak boleh guna semuanya, tu yang aku beli baru nih. Rimmel Volumeflash Scandaleyes Mascara ni berharga RM26.91 dan Silkygirl Hi-Definition tu pulak berharga RM17.91.

Dah abis beli kat Watson, aku pun pergilah ke Times Square pulak. Walaupun dah beberapa kali menjejakkan kaki ke sana, tapi aku masih lagi tak familiar dengan area tu. Besar sangat, pastu banyak simpang pulak tu. Compare to Midvalley, senang je sebab dia satu jalan je. Kalau ada simpang pun kat tengah2 court tu.Anyway kedai yang aku singgah dulu adalah kedai Elianto. Dah lama tak masuk kedai tu. Ingatkan nak cari eyeshadow, memandangkan eyeshadow diaorang kan murah2... Tapi boleh pulak terselit sekali blusher 3 tone tu... Tak kisahla, asalkan kau bahagia. Yang bagusnya, beli RM60 ke atas, free register jadi member. Aku pun register jelah... Boleh dapat diskaun kalau singgah lain kali.

Freshia Blush 01 ni berharga RM36 selepas diskaun 20%

Freshia Eyeshadow 04 Sunset Brown ni berharga RM18.40 selepas diskaun 20%.

Safari Eyeshadow 01 Snow Flake ni pulak berharga RM9.80 selepas diskaun 30%.

After that, aku pun mencarilah kat mana E.H nih... Jenuh nak cari kedai, tapi akhirnya berjaya gak aku menjumpainya.. Fuh, penat mencari tahu tak...

Aku beli soothing mist, untuk muka lepas bangun in-case kalau tak sempat nak mekap. Harganya RM39.92 selepas diskaun 20%.

Bila masuk ke E.H nih aku mesti nak beli mask sheet/masker. Entah kenapa... Ingatkan bolehla ambil jenis yang sama. Tapi S.A yang dok ikut aku nih tak bagi. Katanya kena pilih jenis lain2 je. Pastu bila aku nak ambil masker wash-off pack tu pun dia suruh aku amik yang berbeza jenis gak. Kalau tak silap aku, masa aku beli dekat Sungei Wang tu, boleh je amik 2 jenis yang sama. Tapi kat Times Square nih, dia tak bagi pulak. Kedekut betul lah...

3 keping RM15.

5 keping RM15.

2 pack RM15.

Foot mask tu untuk buang segala kulit2 keras dan kasar. Aku tak tahu keberkesanannya. Kena cuba dululah baru tahu. Harganya RM20.93 selepas diskaun 30%.

Dear My Milky Gloss warna pink ni berharga RM22.14 selepas 40% diskaun.

Macam biasa, kalau beli kat E.H mesti ada free gift dan beg. Aku dapat White Moistfull skin care kit dan Precious Mineral Sun BB Cream. Hah, yang itu S.A tu yang bagi.

Dah tensen kat sana, aku pun singgah kejap dekat Guardian. Nak kurangkan stress dengan jurujual kat E.H tadi tuh. Akhirnya jumpa jugak concealer stick Rimmel nih (kat Watson takde). Penat naik turun sebab nak cari benda alah ni. Barulah boleh balik dengan tenang...

Rimmel Hide the Blemish Concealer 002 Sand berharga RM17.91

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my