Translater

Haul #5 : Cosmetics purchase at Sungei Wang Plaza

8:42 AM

Aku dah lama dok usha Etude House nih. Selalu dok tengok je orang bercerita pasal produk diaorang. Nak masuk rasa macam tak reti je nak beli apa, pastu tengok harga nampak macam mahal je... Tu yang tak berani nak masuk tu. Tapi aku dah buat keputusan, muktamad. Misi aku harini ialah pergi E.H kat Sungei Wang. Lagipun sekarang kan mega sale so boleh beli dengan harga diskaun. Apa2 pun aku akan masuk E.H tu harini jugak. Tak kira..

So aku pun menujulah ke outlet mereka kat Sungei Wang tuh. Masa aku sampai tu, takde customer dalam kedai. So taklah sesak kot. Tapi mesti ada S.A dia dok ngikut jek. Tak kisahla, asalkan aku berjaya dalam misi aku...

Jom tengok apa yang aku beli...

Aku pilih esen primer dalam bentuk spray dan lip-gloss tint warna pink. Sebabnya, aku pernah tengok orang pakai primer ni sebelum mekap so ingatkan nak try lah. Lip-gloss tu plak macam tint lip tapi dalam bentuk gloss. Collagen Moistfull Essence in Primer - RM37.52 selepas diskaun. Pink Tonic Lip Gloss - RM 23.92 selepas diskaun.

Aku beli mask sheet ni pun sebab promosi beli 5 dengan harga RM15. So kiranya satu tu RM3 je. Tapi aku tak tahu nak pilih yang mana, tu pun S.A yang syorkan. Hehehe...

Yang ni pun sama gak. Beli 2 dengan harga RM15 je. Ingat nak amik Honey tapi... Entahla, aku pun tak tahu kenapa aku tak amik...

Beli semu tadi tu dapat non-woven beg dan skin mal:gem trial kit, percuma...

Alang2 dah ada kat Sungei Wang, aku pun singgah kejap kat Watson.

Loreal Glam Shine in Aqua Watermelon 184 - RM24.21

Maybelline Hypercurl Volume Express in Very Black - RM 23.92

Last sekali, Silkygirl eyeshadow warna coklat. Memang nak beli palet macam ni pun. Harga RM21.51

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my