Translater

Haul #3 : NYX makeup #1

9:00 AM

Barang yang aku order beberapa hari lepas akhirnya sampai ke rumah. Tak sabar rasanya menunggu parcel tu sampai. Macam manalah agaknya rupanya (padahal dah tengok dah pun).

So bila dah ada dalam tangan, aku pun apa lagi bukaklah... Sukanya aku bila dapat barang tu, dapat pegang barang tu. Kiranya bukan angan2 lagi dah tapi dah jadi kenyataan pun.

Setelah sekian lama survey produk NYX nih, dan banyak komen positif pasalnya so aku pun nak try lah. Masalahnya, ia tak dijual di mana2 kedai kat Malaysia nih. Kalau nak beli, kena beli online. Tu pun nasib baik ada dalam negara punya... Kalau kat luar negara memang aku tak orderlah kot.

Aku pun mulakan misi mencari laman web dalam negara yang menjual mekap NYX. Nasib baik terjumpa laman web Colours Cosmetics Malaysia. Tanpa berfikir panjang, aku pun order lah macam2. Tapi tak semua aku boleh pilih sebab mostly dah takde stok (lain kali beli awal2). Tak kisahla asalkan jangan order melampau sangat, aku ni pun bukannya banyak duit nak beli banyak2.

Orang kata, kualitinya sama bagus macam mekap MAC tu tapi harganya lebih murah sket. Kebetulan plak kat Colours Cosmetics ada clearance sale, so aku pun apa lagi. Ambil lah peluang keemasan ni.
Beli mekap kat CCM dapat 1 sampel percuma
Upper left: Lip Lacquer Pot, Concealer Jar dan Black Label Lipstick.
Lower left: Crazy Rumors Lipbalm dan Slim Eye/Eyebrow Pencil in Black Brown and Charcoal.
  Lip Lacquer Pot LLP07 Sweet Pea. After discount RM15.00.
Mudah dibawa kemana2 kerana fizikalnya yang kecil dan boleh muat ke dalam beg tangan anda.
Concealer in a Jar CJ12 Green. RM24.00
Aku pilih concealer ni sebab dikatakan boleh conceal redness or pimple spot effectively.
Crazy Rumors 100% ORGANIC Lip Balm - Gumball Series : Bubble Gum. After discount RM9.90.
Ada safety seal sekali menunjukkan ia belum pernah digunakan.
BLL143 Princess, BLL151 Acapulco dan BLL 177 Poem. After discount RM15.00 each.
NYX Slim Eye Pencil, RM6.00 each after discount.
P/S: Untuk lebih lanjut, bolehlah tengok laman web Colours Cosmetics Malaysia ataupun Victoria's Secret dan NYX Cosmetics & More

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my