KL-Gua Musang-Cameron Highland-Gua Musang-KL
5:26 PMCuti sempena Awal Muharam ni, kitaorang adik beradik plan nak gi Gua Musang, tempat tinggal parents kitaorg. Cuti hari Selasa, so lama sket kat sana. Bertolaknya pagi Sabtu lepas. Kiranya lepas tengah hari tu sampailah. Lepas dah kemas2 barang, siap2kan kucing2 dengan makanan dan pasir mereka, kitaorang pun berangkatlah.
Sampai sana dalam pukul 2pm lebihla (4 jam perjalanan). Bila sampai je, parents dah duduk kat tangga tunggu kitaorang. Terasa macam balik kampung pulak padahal GM tu bukan kampung kitaorang pun. Dengan keadaan rumah macam rumah kampung lagilah terasa kekampungannya. Tidur semalam kat sana. Pastu pagi esoknya kitaorang berangkat ke Cameron pulak (1 1/2 jam perjalanan).
Masa sampai kat Lojing tu, keadaan mula berkabus. Memang tak berapa nak nampaklah jalan tu. Sebelum tu ada signboard yang suruh nyalakan lampu jika berkabus. Sebelum check-in, pergi jenjalan dulu. Tengok2 bunga dan gerai2 tepi jalan tuh.
Kitaorang menetap kat Star Regency Hotel yang terletak di Brinchang unttk semalam je. Dekat dengan pasar malam depan balai polis tu. So bolehla shopping sket kat pasar tu nanti. Sejuknya tak payah cakaplah. Kalau angin tiup lagilah... Nak plak dengan cuaca yang tak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Tapi still sejuk...
Anyway, dah sampai tu laparlah pulak. Pergilah cari kedai makan area hotel tu. Kitaorang makan kat Restoran Naimah. Sedap gakla, maybe sebab lapar kot. Minum pun air teh panas. Kalau minum air sejuk lagi bertambah sejuk pulak. Jalan2 jap kat area2 hotel tu. Ada banyak kedai. Kitaorang tengok kedai kek yang bernama Strawberry Moment. Pastu tengok kedai jual baju. Banyak jual T-Shirt CH dengan baju sejuk.
Dah rehat2 kat dalam bilik, petang tu kitaorang pergi jalan2 kat pasar tani/malam. Selain jual sayur, ada gak jual mainan, baju sejuk, makanan goreng2, dan macam2 lagilah. Mak beli sayur, aku dgn adik aku plak beli coklat strawberi. Alah mcm style Datuk Siti tuh. Tapi beli 3 cucuk jelah, tu pun RM5 tau. Lepas dah rehat dalam bilik (lagi..), adik aku ajak pegi pasar (lagi..!!). Nak cari baju sejuk untuk adik lelaki aku yang tak bawak baju sejuk. Semuanya dia tak berkenan. Last2 beli makanan yang goreng2 tu je bawak balik hotel.
Malam pulak makan stimbot. Dengan keadaan hujan malam tu, kitaorang redah je tanpa payung. Sekali lepas makan lagilah lebat hujan. Mau basah aku dibuatnya. Sejuk tul malam tu. Airnya sejuk macam air batu. Paginya pulak beli nasi lemak kat seberang jalan untuk breakfast. Lepas tu adik aku ajak jalan2 lagi. Takde beli ape2 pun cuma mak beli nenas je kat pasar tani kat pekan Brinchang tuh. Ayah kena masuk kampug orang asli sebab ada DO nak masuk, so kitaorang kena balik sendiri. Nasib baik adik lelaki aku ada. Dia yang drive kereta balik GM. Plan asalnya nak berjalan sebelum balik GM tapi dah jadi macam ni, terpaksalah balik terus. Huhuhu...
Malam tu kitaorang makan luar. Nak merasa masakan orang Kelantan pulak. Esoknya baru mak aku masak nasi ayam. Tapi pagi tu sempat lagi shooping kat pekan. Singgah kat Sakan. Aku beli seluar tidur je. Pastu singgah kedai bakeri pulak. Beli tepung roti. Adik beli coklat compound, nak belajar buat coklat katanya. Tengah hari tu dah nak balik KL dah. Macam best gak dok rumah kampung kat GM tuh. Dah lama tak merasa dok rumah papan... Entah bila nak pegi sana lagi dah.
Sampai KL petang tu gak. Dah agak dah, rumah mesti berbau 'wangi' semacam je. Kucing2 plak macam tak sabar2 nak keluar. Dah 4 hari terkurung dalam rumah. Selalunya diaorang boleh keluar sesuka hati diorang. Kesian... Makanannya habis licin, pasir takyah citerlah. Dah penuh dah pun. Penat perjalanan tak habis lagi, nak kena kemas umah plak. Malam tu memang aku tak makan lah. Terus tidur sebab ngantok sangat.
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.