Translater

Cake redemption pt. 1

11:12 PM

Harini aku nekad nak pergi Curve untuk redeem kek kat The Suchan yang aku beli kat Milkadeal. Nak refresh kan balik tengok baucer kat entry ni.

Walaupun aku terlepas shuttle bas ke Ikano tuh, tapi nasib baik ada bas Rapidkl ke sana. Padahal aku tak pernah naik bas tu, so kiranya gamble lah ni. Nasib baik ada orang turun kat Ikano, kalo tak, tak tau aku nak turun kat mana. Hehehe... Redemption adalah selepas pukul 2pm dan aku sampai dalam 2.30pm. So tanpa berfikir panjang lagi aku terus bergegas cari kat mana tempatnya. Jumpa gak tempatnya. Kat jambatan yang menuju ke E@Curve tu. Kalau ikutkan dia ada 2 jambatan, satu Link Bridge 1 dan satu lagi Link Bridge 2. Lokasinya kat LB 2.

Sesampai je aku kat sana terus aku tengok jenis2 kek yang diaorang ada. Nasib baik yang aku nak tu ada. So tanpa berlengah lagi aku pun keluarkan printed voucher aku dan serahkan pada orang kat kaunter tu. Apa lagi teruslah aku pilih kek apa yang aku nak.

Aku pilih 2 potong kek Tiramisu, sepotong kek lobak merah dan sepotong kek Strawberry Pavlova (since aku beli 2 baucer, that entitled 4 slices of cakes).


Lepas sign dan tinggalkan no phone, aku pun amik kek aku dan meneruskan lagi shooping aku. Apa lagi, dah alang2 kat sini, aku pegi Daiso lah.
 

Dah habis kat situ aku pergi solat dan teruskan jalan2, sementara nak tunggu bas seterusnya pukul 5pm (padahal bas pukul 4pm ada tapi dah terlepas, huhuhu...).

Posted by MZ

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my