Translater

Sephora Private Sale haul

9:48 AM

Haul sempena Sephora private sale dimana members dapat 20% off. Aku tak beli banyak pun sebab takda apa sangat yang aku nak beli. Tapi adalah jugak something walaupun tak banyak...


Caudalie Beauty Elixir - price after discount RM 52.00. Entah kenapa aku rasa macam menarik pulak nak try spray mist ni. Tapi yang ni saiz kecil, 30ml je. Untuk permulaan...

Laura Mercier Loose Setting Powder - price after discount RM 159.20. Banyak orang rave powder ni. Baguslah bagai, so aku nak tengoklah betul ke best sangat sampai ramai orang suka sangat. Ada free sample primer dalam kotak tu.

Original Beauty Blender - price after discount RM 79.20. Yang ni ramai orang guna, katanya lembut giler. Memang lembut giler bila pegang. Dan best jugaklah bila pakai. Tapi mahallah. Dah ada sale ni murahlah sikit.

Itu jelah yang aku beli. Tak banyak pun. Tapi RM200++ jugaklah T_T. Menangis kejap..

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my