Review: Liquid eyeliner experience
5:30 PMAnother review for today. Berdasarkan kepada entry sebelum ni, aku ada 2 liquid eyeliner. 1 aku beli sekali dengan Silkygirl makeup remover (tengok SINI) dan 1 lagi aku dapat free gift semasa aku beli NYX Spring pallet (tengok SINI). Walaupun aku prefer pakai pensil, tapi memandangkan dah ada dalam simpanan so aku cubalah pakai. Masih lagi tak berapa nak mahir menggunakannya...
Aku pilih 01 Blackest Black. Warna hitam pekat. Eyeliner ni berbentuk pen. Kalau nak pakai kena bukak penutup macam nak guna pen.
Berusnya terletak di badannya. Dan boleh dikatakan mata berusnya tajam tapi tidaklah terlalu tajam untuk mata. Sesuai untuk melukis garisan. Masa aku pakai, tahan lama jugaklah. Dari pagi sampai petang. Dan yang bagusnya ia kalis air. Kalau hujan ke apa, memang takkan turun warna. Senang pakai terutama sekali beginner macam aku ni. Ambil masa beberapa saat je untuk kering sebelum boleh bukak mata sepenuhnya.
Yang ni pulak, LE 05 Electric Blue. Lebih kurang macam warna navy blue (betul ke?). Yang ni pun macam bentuk pen tapi berusnya terletak pada penutupnya. Dan kalau nak bukak, kena twist penutupnya.
Tengok pada berusnya, tidak setajam eyeliner Silkygirl tadi. Lebih kepada leper. Aku tak pasti tahan berapa lama, tapi rasanya tahanlah dalam 4-5 jam sebelum dia mula pudar. Itupun kalau tak kena air lah sebab dia tidak kalis air. Ambil masa sedikit untuk kering sebelum boleh bukak mata. So kalau tak tahan, mata akan jadi comot.
Nyx eye liner ingredients |
My thoughts : NYX punya cair. Bila kering dia jadi tak sekata sebab terlalu cair. Kadang2 boleh jadi flakey. Mudah luntur terutama sekali bila terkena air. So kalau nak tanggal senanglah, gosok je dengan air. Silkygirl pulak tidak cair tetapi lebih kepada basah dan nampak macam kembang sedikit. Tapi kat mata tak nampak sangat. Kena guna pencuci mekap untuk tanggalkannya. Kedua2 nya tiada bau. Antara kedua2 ni, aku lebih suka Silkygirl sebab dia sekata dan tidak mudah comot. Lagipun ia tahan lama dan tidak mudah luntur. Cuma aku pakai bila ada event je. Sebab kalau pakai hari biasa nampak macam a bit dramatic pulak. For me lah...
4 comments
yup!! silkygirl punya eyeliner memang terbaik untuk beginners terutamanya
ReplyDeletesetuju. even tak pandai pun boleh je pakai.
DeleteI've never tried this before tapi pernah and love the Maybelline Hypersharp Liner. Sometimes I used it for drawing. :P
ReplyDeleteI'm not good at drawing that's why I'm just using Silkygirl punya..
DeleteStrictly no spamming or porn comment or link. Thank you.