Translater

Year end wishlist

11:33 AM

Lama tak buat entry. Tak berkesempatan, banyak sangat keje nak kena buat. Harapkan cuti hujung minggu jelah ada banyak masa.

Bila dah akhir2 tahun nie mesti banyak sale kat Malaysia ni kan?? Tambahan pulak ada Y.E.S, Year End Sale... Maka banyaklah outlet2 kat shooping kompleks (kedai2 biasa pun ada) buat promotion sale lah, diskaun sale lah...

Anyway, aku bukan nak citer pasal sale2 yang ada kat Malaysia ni. Aku nak citer pasal wishlist aku untuk akhir tahun ni. Well, bukan semua aku dapat penuhi sebab mungkin ada yang takde stok or maybe susah nak jumpa kat mana ke... So let's start, shall we??





1. Shu Uemura Eyelash Curler
Dikatakan telah memenangi banyak anugerah dan ramai yang pengguna berpuas hati dengan effectnya. Aku dah lama dengar pasal ni cuma baru sekarang ni rasa nak cubalah pulak. Iyelah, aku punya yang sebelum ni tak memuaskan hati langsunglah. Kalau tak kepit kulit mata mesti tak tahan lama lentikkannya. Aku dah try 2 jenis dan kedua2 aku beli dari kedai farmasi. Yang 1st tu ok, melentiknya tahan lama tapi masalahnya ia akan kepit kulit mata sekali. Tu yang buat aku fobia nak guna lagi. Yang 2nd pulak lentik dia tak tahan lama. Sekejap je. Huh, baik takyah macam tu. Itu yang aku decide nak beli Shu Uemura punya. Mana tahu kalau2 ok ke.

2. Etude House Toiletries Pouch
1st time aku nampak beg ni masa diaorang buat opening promotion kat 1Utama bulan lepas tapi aku tak pergi pun. Malas punya pasal dan jauh pulak tu kan. Start dari haritu aku mula memasang angan2 untuk memiliknya. Tapi masalahnya, kalau nak beg tu kena beli RM120 keatas. Aku pulak tak tahu nak beli apa. Takut2 kalau pergi sana kang terlebih belanja pulak. Takde ke orang nak bagi free kat aku?? Hehehe...

3. The Brush Guard
Yang ni aku dah lama tahu cuma masa tu aku tak berminat sangat. Tapi bila dapat tahu yang ia dapat melindungi berus mekap dari dihinggapi habuk barulah sibuk2 nak cari. Mostly aku jumpa berharga RM25 tapi ada 1 ni aku jumpa harganya RM23 je. Bolehlah aku beli 2 set. Variety pack dan Blush pack. Supaya berus aku tak berdebu. Lagipun ia boleh digunakan semasa kita mencuci berus mekap tu. For more info go to maqup.com.

4. Too Faced Love Sweet Love
Aku dapat tahu benda ni dari FB Sephora. Start jual dalam awal bulan 11 kot, tapi sekarang dah habis stok. So tak sempat aku nak beli. Suka tengok set dia...

5. Brush Cleaner
Ya, aku guna brush cleaner untuk cuci berus mekap aku. Itu kalau nak cepat. Kalau ada masa aku guna baby shampoo je (sebab ianya time consuming dan ambil masa untuk kering sepenuhnya). Guna brush cleaner ni at least lepas lap2 boleh terus guna. Kalau guna baby shampoo tu kena tunggu betul2 kering baru boleh guna (lama jugak nak kering). Ingatkan nak beli brand Elianto je tapi nampaknya mereka dah discontinue item tu. Kenalah cari alternatif lain. Ramai yang cadangkan M.A.C, tapi tengoklah macam mana.

6. Forever 21
Aku selalu baca dalam mags pasal gaya pakaian dari brand ni. So aku nak jugak tengok apa yang bestnya pakaian diaorang. Mana tahu kot ada yang aku berkenan. Asyik beli mekap je, dah lama aku tak beli baju untuk aku. Tapi rasanya harga mestilah mahal kan??

7. Essence Eyebrow stylist set
1st time aku dapat tahu pasal ni adalah melalui blog seseorang (tak ingat siapa) so aku fikir maybe aku boleh try since ianya untuk melukis kening dengan stencil yang disertakan sekali. Hmm...

8. Elianto Bio Clear Kit
1 set berharga RM59 dan ada 4 item dalam 1 set. Saja nak cuba. Lagipun toner dan pencuci muka nak habis dah. Nak cari yang lain terjumpa Elianto ni. Dan sekarang Elianto ada buat sale. Ada sesiapa yang dah beli set ni??

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my