Sephora Perfumes
5:31 PMSephora Dubai Perfumes. Datang dari Dubai dan dikatakan hampir 90% sama dengan original dan berkualiti tinggi seperti original. Ketahanan hanya dalam 4-8 jam sahaja berbanding original tetapi kita boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah dari harga asal.
Ketiga2 perfume tu aku pilih berdasarkan komen orang ramai dan rekomendasi dari penjualnya. Sebab aku tak tahu mana satu yang best atau tak. Takut beli kang sekali baunya tak sedap pulak. Takpelah nak try je pun, bukannya perfume ori. Takdelah rugi sangat kot. Anyway, bau ketiga2 perfume tersebut, bolehla...
Perfume CH L`Eau Carolina Herrera memiliki bau seperti flora dan boleh dikatakan lembut dan wangi. Aku suka juga baunya. Taklah kuat sangat dan sesuai untuk kegunaan harian atau ke tempat kerja. Ada ciri feminim sebab ada keychain handbag kat botolnya. Cute!!
Bright Crystal Versace pula memiliki bau seperti sweet floral dan lembut. Yang ni pun aku suka baunya. Tak kuat sangat dan wangi. Sesuai untuk kegunaan harian or pergi kerja.
Tresor Midnight Rose Lancome memiliki bau seperti sweet dan fruity rose. Tapi permulaan baunya agak keras sedikit cuma dah lama2 tu barulah ok. Aku tak sure kenapa ramai orang suka perfume ni tapi aku maybe akan guna sekali sekala jelah kot. Yang ni sesuai untuk ke majlis2 sebab ketahanan baunya lebih lama dari yang 2 tu.
So kepada sesiapa yang nak cuba perfume baru or nak beli yang ori tapi tak mampu, inilah pilihan yang terbaik untuk anda.
P/s: Ini bukan iklan ataupun tolong mempromosi mana2 pihak, sebab aku pun bukan dibayar untuk membuat semua tu pun...
0 comments
Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.