Translater

Jalan2 abiskan duit

1:46 PM

Hari Jumaat lepas aku pergi Sogo, nak buat apa lagi shoopingla.. Kan Sogo ada buat warehouse sale. So apa lagi, aku pun melangkahkan kakiku ke tingkat 7 dimana sale itu berlangsung. Adalah beberapa jam aku kat situ. Belek punya belek akhirnya aku pun belilah sebuah sling beg Swiss Polo yang berharga RM50 dan dompet Giossardi RM41.97. Asalnya nak tengok handbag Valentino tuh tapi beg tu keras sangat so aku pun carilah brand lain. Pening nak memilih tapi akhinya aku beli gak SP tu. Maybe aku patut beli handbag daripada sling bag.

Hmm.. Pastu hari Sabtu lepas adik aku ajak pergi makan kat Pizza San Fransisco di KLSC, Wangsa Maju. Katanya nak makan spaghetti dengan lasagna. Aku tak tahu nak makan apa so aku trylah chicken chop. Okeylah. Cuma aku jelah tak larat nak menghabiskannya. Setelah berusaha bersungguh2 akhirnya habis gak chicken chop aku tuh. Cuma aku tinggalkan kulit2 ayam je. Memang dah tak larat dah. Dahla tu adik aku suruh abiskan lasagna dia tuh. Mau nak termuntah aku dibuatnya. Last2 tinggal jelah sisa2 lasagna tu. Aku minum air teh lemon ais, yang rasanya manis dan takde rasa masam2 pun dan adik aku minum air lime special. Mula2 tu masam2 asamboi tapi lama2 oklah. Nak tahu berapa kitaorg kena? RM54.50 je.. Tu pun tak termasuk cukai 10% tau... Huhuhu, memang kena makan sekali sekala jelah. Kalo tak mau pokai jadinya.
Posted by MZ

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my