Translater

Perihal telinga

10:41 AM

Dah beberapa hari telinga kananku bermasalah. Pada mulanya sangka ianya hanya sementara tapi aku x sure sampai bila ia akan berlarutan. Bermula pada ptg Khamis lepas, telinga aku tetiba rasa mcm tersumbat. Mcm masuk air padahal mana ada kena air pun. Masa mandi plak xde pun aku rasa apa2. Try gak masukkan air pastu keluarkan balik tapi x jadi apa2 pun. Aku gak try telan air, kot2 lah okey ke lepas tu tapi still sama gak. Lepas tu ia jadi mcm berdengung plak. Alah mcm bila kita berada di tempat tinggi tuh. Dan bila telinga aku tu menangkap bunyi2an dia jadi mcm bergema gitu. Even kalau aku cakap pun aku bleh dgr gema suara aku tapi sket jelah. Taklah gema mcm kat dlm gua ke apa. Pastu paling teruk semalam dan harini. Aku bangun pagi je rasa mcm dah tersumbat terus. Bleh dgr sket tapi lagi kuat rasa tersumbat dari mendengar. Pagi nie plak aku sedar2 je telinga aku berbunyi mcm "eeeee" yg panjang. Aku dah rasa x selesa dah. Try gak surf tenet pasal telinga aku nih. Ada yg kata sbb resdunglah, ada kena mengena dgn buah pingganglah, pasal kematianlah dll. Aku pun x tahu samada nak pergi check kat klinik biasa je ke or pergi klinik pakar.

Psst..dgr tak??

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my