Translater

Semalam pt. 2

9:24 PM

Perhatian!! Ini adalah segmen luahan hatiku. Nak baca teruskan, taknak baca silalah tutup n3 ni, tiada siapa yg menghalang.


Nie adalah bhgn ke-2 kisah semalam. Takde apa, aku cuma mimpi je mlm tadi. Tapi mimpi nie, entahla.. Sejak beberapa hari nie, aku asik teringat kat dia je. Tu yg sampai termimpi2 kot. Walaupun dlm mimpi aku tu dia cuma watak sampingan tapi mesti muncul jugakla dlm mimpi aku tu. Dan yg pasti ini bukan 1st time aku mimpi mcm tu (mimpikan dia tapi dia cuma watak tambahan je). Padahal baru je beberapa bulan yg lepas aku nak lupakan dia tapi nampaknya aku x berjaya. Iyelah, aku selalu makan hati dgn dia. Dia selalu layan bini org sampaikan aku yg single nie mcm x wujud je. Dulu aku ingatkan dia minat kat aku tapi bila aku fikir balik, dia mcm x berminat kat aku je. Sebabnya dia lebih utamakan melayan bini org. Tu yg buat aku makan hati je. Dan sebab tu jugalah aku cuba nak lupakan dia. Tapi setiap kali aku cuba, aku asik teringat je kat dia. Kononya dah lupakan dia tapi x lama lepas tu aku mesti teringat kat dia balik. Apa kena dgn aku nih?? Rindu?? Maybe, tapi dia bukannya minat kat aku, aku je yg syok sendiri huhuhu... Memang betulla cakap kawan aku tu yg dia nie lembap. Tu yg xde gf lagi tu. Susahla kalau suka pada lelaki yg lebih berminat pada bini org nih. Mcm la bleh dapat, huh..
 Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini.

Oh ya, harini aku trylah masak cekodok jagung manis. Nak habiskan stok sblm x elok. Adalah dlm 1/2 tin kecik lagi. Sedap jugak. Aku pun x ingat kat mana aku dpt resepi ni.
Bahan2
Tepung gandum
Ikan bilis segenggam
Jagung manis
1 labu Bawang besar
3 keping roti
Air
Garam
Minyak utk menggoreng

Cara2
1. Rendam roti dlm air.
2. Tumbuk ikan bilis dan bawang besar.
3. Masukkan tepung, ikan bilis, bawang besar, jagung manis dan garam.
4. Hancurkan roti dan campurkan.
5. Tuangkan air dan gaul sebati.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Posted by MZ

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my