Translater

Cheesecake

2:52 PM

Semalam cuti sebab Maulud Nabi so aku nak try buat cheesecake yang dah lama tertunda oleh sebab ketiadaan bahan-bahan dan alat yang sesuai. Sekarang semuanya dah ada so blehla buat..hehehehe... Resepinya aku dpt dari kenalan tenet aku. Selepas semalaman aku sejukkan dan fridge so arini aku baru nak try makan. Keknya oklah cuma basenya x berapa nak jadi sangat sebab ia berderai. Agaknya x cukup mampat kot. Well, first timer xpelah...
Bahan2
75g butter
250g biskut Digestive (biskut lain pun boleh)
120g cream cheese
200g susu pekat manis
500g heavy cream (cairkan 2/3 cawan butter, kemudian campurkan 1 1/2 cawan susu..gaul)
1 Dream whip package (kalo xde boleh ganti dgn 300g whipping cream)
8g serbuk gelatin powder
Strawberi pie filling atau topping (kalo xde gak boleh guna buah strawberi)

Cara2
1. Hancurkan biskut
2. Cairkan butter, campurkan dgn biskut dan sebatikan
3. Padatkan ke dalam bekas springform, sejukkan dlm peti selama 5 minit
4. Pukul cheese, susu, heavy cream, whipping cream dengan mixer
5. Pukul gelatin dengan cepat berserta dengan sedikit air mendidih (kurang dari 1/4 cawan), kemudian masukkan ke dalam mixer
6. Selepas adunan tadi sebati, tuangkan adunan tersebut ke atas biskut hancur tadi dan sejukkan lagi selama 5 minit
7. Tambahkan strawberi topping atau buah strawwberi

You Might Also Like

0 comments

Strictly no spamming or porn comment or link. Thank you.


Powered by FeedBurner
Follow
Blogged.my